Sunday 3 April 2011

LAPORAN PROGRAM

NAMA PROGRAM
Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima’iy & Kempen Islam Warnai Hidupku (GKKI)
.
PENGANJUR
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KUMPULAN SASARAN
Masyarakat di sekitar Taman Melati, mahasiswa universiti, pelajar sekolah rendah dan menengah.

PROGRAM DAN AKTIVITI

SABTU, 19 MAC 2011

1. Majlis Perasmian Pembukaan
2. Pelancaran Rakan Masjid
3. Karnival
4. Program Motivasi Pelajar Super (Sekolah rendah)
5. Program Apresiasi Tokoh (sekolah Menengah)
6. Kaji Selidik & Praktik Da’wah (Sesi 1 – Penerangan & Taklimat)
7. Riadah Komuniti
8. Syarahan 50 Tokoh oleh al-Fadhil Ustaz Hasyim Yahaya (Mantan Mufti Wilayah Persekutuan)
9. Konsert Nasyid & Qasidah Islam Warnai Hidupku

AHAD, 20 MAC 2011

1. Program Gerakan Subuh
2. Qiyamullail & Zikir
3. Karnival
4. Pameran Pendidikan & Kemasyarakatan
5. Baca@LRT
6. Bengkel Kewangan

TARIKH
19-20 Mac 2011

TEMPAT
Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur

METODOLOGI PELAKSANAAN

Program berlangsung pada 19 Mac 2011 sehingga 20 Mac 2011 bertempat di Taman Melati. Karnival bertempat di dataran Masjid Salahuddin al-Ayyubi dengan pengisian-pengisian seperti Persembahan Nasyid dari Kumpulan Zaydan, pemeriksaan kesihatan dan syarahan perdana. Gerai-gerai menjual makanan dan minuman, buku, pakaian dan sebagainya turut dibuka. Kaji selidik secara teori dan praktikal telah dijalankan oleh para penyelidik dan mahasiswa UIAM berkenaan dengan penghayatan Islam di kalangan masyarakat Muslim. Dalam masa yang sama, aktiviti dakwah kepada masyarakat secara langsung turut berlaku dengan pemberian risalah berunsur Islam kepada masyarakat sekitar Taman Melati. Bengkel Motivasi Pelajar Super diadakan bagi pelajar sekolah rendah. Pada petangnya, selepas solat Maghrib, Forum 50 Tokoh telah berlangsung yang disampaikan oleh Dato’ Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah). Selepas selesai syarahan dan solat Isyak, majlis diteruskan dengan persembahan Nasyid dari Kumpulan Zaydan dan deklamasi sajak dari Sdr. MS Effendi bertemakan Islam Warnai Hidupku. Karnival diteruskan pada hari Ahad dengan Bengkel Kewangan yang disampaikan oleh wakil AKPK, pameran dari LPPKN, Biro Kesihatan ABIM, dan PKPIM. Program berakhir dengan jamuan makan tengahari dan solat Zohor.


Disediakan Oleh:


SITI NUR DALILA MELATU SAMSI
Setiausaha GKKI 2011

Disahkan Oleh:


MOHAMMAD FAZRIL MOHD SALEH
Pengarah GKKI 2011