Sunday 3 April 2011

LAPORAN PROGRAM

NAMA PROGRAM
Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima’iy & Kempen Islam Warnai Hidupku (GKKI)
.
PENGANJUR
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KUMPULAN SASARAN
Masyarakat di sekitar Taman Melati, mahasiswa universiti, pelajar sekolah rendah dan menengah.

PROGRAM DAN AKTIVITI

SABTU, 19 MAC 2011

1. Majlis Perasmian Pembukaan
2. Pelancaran Rakan Masjid
3. Karnival
4. Program Motivasi Pelajar Super (Sekolah rendah)
5. Program Apresiasi Tokoh (sekolah Menengah)
6. Kaji Selidik & Praktik Da’wah (Sesi 1 – Penerangan & Taklimat)
7. Riadah Komuniti
8. Syarahan 50 Tokoh oleh al-Fadhil Ustaz Hasyim Yahaya (Mantan Mufti Wilayah Persekutuan)
9. Konsert Nasyid & Qasidah Islam Warnai Hidupku

AHAD, 20 MAC 2011

1. Program Gerakan Subuh
2. Qiyamullail & Zikir
3. Karnival
4. Pameran Pendidikan & Kemasyarakatan
5. Baca@LRT
6. Bengkel Kewangan

TARIKH
19-20 Mac 2011

TEMPAT
Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur

METODOLOGI PELAKSANAAN

Program berlangsung pada 19 Mac 2011 sehingga 20 Mac 2011 bertempat di Taman Melati. Karnival bertempat di dataran Masjid Salahuddin al-Ayyubi dengan pengisian-pengisian seperti Persembahan Nasyid dari Kumpulan Zaydan, pemeriksaan kesihatan dan syarahan perdana. Gerai-gerai menjual makanan dan minuman, buku, pakaian dan sebagainya turut dibuka. Kaji selidik secara teori dan praktikal telah dijalankan oleh para penyelidik dan mahasiswa UIAM berkenaan dengan penghayatan Islam di kalangan masyarakat Muslim. Dalam masa yang sama, aktiviti dakwah kepada masyarakat secara langsung turut berlaku dengan pemberian risalah berunsur Islam kepada masyarakat sekitar Taman Melati. Bengkel Motivasi Pelajar Super diadakan bagi pelajar sekolah rendah. Pada petangnya, selepas solat Maghrib, Forum 50 Tokoh telah berlangsung yang disampaikan oleh Dato’ Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah). Selepas selesai syarahan dan solat Isyak, majlis diteruskan dengan persembahan Nasyid dari Kumpulan Zaydan dan deklamasi sajak dari Sdr. MS Effendi bertemakan Islam Warnai Hidupku. Karnival diteruskan pada hari Ahad dengan Bengkel Kewangan yang disampaikan oleh wakil AKPK, pameran dari LPPKN, Biro Kesihatan ABIM, dan PKPIM. Program berakhir dengan jamuan makan tengahari dan solat Zohor.


Disediakan Oleh:


SITI NUR DALILA MELATU SAMSI
Setiausaha GKKI 2011

Disahkan Oleh:


MOHAMMAD FAZRIL MOHD SALEH
Pengarah GKKI 2011

Monday 14 March 2011

Promo GKKI


Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i
& Kempen Islam Warnai Hidupku.

19-20 Mac 2011

Masjid Salhuddin Al-Ayubi, Taman Melati
Kuala Lumpur.

Anjuran:

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.
Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati

Dengan Kerjasama:

Angkatan Belia Islam Malayisa (ABIM)
Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH)
Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI)
Kelab Titian Wahyu UIA
Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)
Baca@LRT


Thursday 10 March 2011

Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i & Kempen Islam Warnai Hidupku

Bismillahirrahmanirrahim.



Dengan kerjasama:



OBJEKTIF


1. Menggerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat awam.


2. Memberi peluang dan latihan kepada anak-anak muda, para pelajar IPTA/IPTS, aktivis dakwah, dan anggota masyarakat umumnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat Islam.


3. Mengeratkan hubungan dan silaturrahim antara penduduk setempat dengan pelajar universiti.


4. Memberi peluang kepada mesyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid.


5. Membina imej Islam di mata bukan Muslim.


6. Mempelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan.


7. Menjadikan masjid sebagai pusat ibadah, pusat ilmu dan aktiviti sosial.






















Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.



Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
[National Union of Malaysia Muslim Students]

Kini telah mencapai separuh abad memacu gerakan dakwah di Malaysia.


Semoga separuh abad perjuangan dakwah para du'atnya akan dapat di teruskan pula oleh generasi muda kini dan akan datang.

 

Manusia diciptakan dengan tujuan yang tertentu. Lalu, Allah menTanzilkan wahyu untuk menyatakan tujuan tersebut seraya menggaris panduan untuk hidup di dunia ini. Malah, manusia menjadi mulia dengan panduan Allah. Sebagai muslim, kita percaya dan beriman kepada agama Islam sebagai agama yang benar dan mengangkat darjat kemuliaan manusia. Penurunan wahyu menggaris-pandukan akal dan jiwa manusia, memberikan ‘warna-warna’ harapan dan inspirasi, memotivasikan daya insani bergerak dan berkerja menuju kebahagiaan hakiki.

Sifat agama Islam yang lengkap dan menyeluruh, sesuai dengan fitrah dan mampu diaplikasi sebagai cara hidup, mula dipandang ‘kelabu’ oleh masyarakat Islam sendiri akibat kejahilan mereka. Malah, ada antara masyarakat bukan Muslim yang memandang dan mendiskripsikan Islam sebagai ‘Hitam’. Hakikatnya, itu merupakan pandangan miring mereka terhadap warna-warna Islam. Umpama memakai kaca mata hitam di siang hari, itulah permisalan bagi orang-orang yang seperti mereka.

Seseorang itu perlu merasai pengalaman ‘warna’ Islam sebelum mampu memahaminya. Apabila ia memahami akan warna Islam, dan cuba menghayatinya, maka akan muncullah kesedaran yang dipandu Ilahi sehingga ia merasakan ‘Islam warnai hidupnya’. Oleh yang demikian, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berasa bertanggungjawab mempromosi semula warna Islam yang pudar ini, mensucikannya daripada tohmahan-tohmahan ‘hitam’ yang sama sekali tidak benar, menghakis balam-balam kekusaman yang muncul akibat kejahilan, lalu mengangkat keagungan ‘cara hidup’ yang mewarnai kehidupan manusia.

Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima’i 2011 (GKKI) merupakan sebuah usaha ‘amar ma’ruf nahi munkar’. Ia merupakan program dakwah yang dijalankan dalam skala sederhana dengan pengaturan aktiviti yang pelbagai dan padat, sesuai dengan kerencaman masyarakat yang ada. Ia bertujuan menggerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat awam di samping memberi peluang dan latihan kepada anak-anak muda, para pelajar Universiti, aktivis dakwah, dan anggota masyarakat umumnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat Islam khususnya dan pembinaan imej Islam di mata bukan Muslim umumnya. Dengan niat yang suci yakni jauh daripada sebarang keuntungan duniawi, kami mengharapkan usaha ini diredhai Allah dan dipermudahkan segala urusan yang berkaitan dengannya. ”Allah Maha Mengetahui”.